Oleh : Irfan Khairi
Ramai yang ingin tahu bagaimana caranya menerima bayaran berbentuk kad
kredit daripada pelanggan. Apabila menjalankan perniagaan di internet,
menyediakan kemudahan pembayaran melalui kad kredit adalah amat penting
oleh kerana ia memudahkan pelanggan membuat bayaran terus secara online.
Untuk menyediakan kemudahan terima bayaran mengguna kad kredit,
caranya tidak begitu susah, dan juga tidak mahal. Dengan menggunakan
perkhidmatan 'Merchant Account' online seperti PayPal.com,
RBSWorldPay.com atau iPay88.com, anda boleh menerima bayaran kad kredit
pelanggan anda.
Merchant account boleh diibaratkan seperti 'orang tengah' dalam
menerima bayaran kad kredit kepada merchant account bertanggungjawab
menyalurkan pembayaran tersebut ke akaun bank anda. Seringkali, merchant
account akan mengambil sedikit % (3% - 5%) harga produk yang anda
niagakan, sebagai bayaran perkhidmatan mereka.
Saya cadangkan anda menggunakan PayPal.com sebagai permulaan oleh
kerana PayPal tidak mempunyai bayaran/yuran pendaftaran. Merchant
account seperti RBSWorldPay.com dan iPay88.com mengenakan yuran
pendaftaran, dan ada juga merchant account yang mengenakan yuran
bulanan. PayPal.com juga merupakan syarikat yang bereputasi tinggi dalam
menyediakan perkhidmatan merchant account kepada usahawan internet
serata dunia termasuk Malaysia.
Untuk mendaftar akaun PayPal.com anda, lawati http://www.PayPal.com
dan baca maklumat yang diberikan untuk kefahaman yang lebih mendalam.
Sekiranya perniagaan anda mensasarkan pelanggan luar negara, pastikan
anda mempunyai merchant account seperti PayPal.com kerana pelanggan luar
sering melakukan pembayaran menggunakan Kad Kredit. Tak lupa juga
sebahagian daripada pelanggan dalam Malaysia juga lebih cenderung
melakukan bayaran menggunakan kad kredit.
Comments
شركة مكافحة حشرات بالقطيف
شركة طيوب للمجارى